Thursday, November 26, 2009

November 26th 2009 - Thanksgiving vs 'Eiduladha

Waddup guys,

Happy thanksgiving to all American and whoever is celebrating it and happy Eiduladha to all Moslem all around the world. Happily to state here that amazingly,we are celebrating these two annual celebrations at the same day. Amazing huh? Well actually in Malaysia,the Eiduladha (at this exact moment I'm writing this entry) will be celebrated on November 27th 2009 whilst the Thanksgiving day in according to American public holiday is on this exact November 26th 2009. However,in Islamic calendar,as the sundown strikes the day on november 26th,its already eiduladha day for Moslem. You know what I meant by that.

Saudara-saudaraku yang sedang membaca,

Saya perhatikan ianya sesuatu yang mengujakan di mana Allah memberikan kita dua perayaan sekaligus untuk dihargai dan disemati oleh penyambut perayaan 'Thanksgiving' dan juga Eiduladha oleh para muslimin di seluruh dunia. Di bawah adalah serba sedikit tentang perayaan 'Thanksgiving' tersebut yang umumnya diraikan oleh rakyat Amerika. Marilah kita pelajari serba sedikit tentang perayaan kebudayaan mereka kerana ini juga adalah ajaran Islam di mana kita dikehendaki mempelajari dan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Allah has indeed created men and women in so complex manner with different types one to another,different culture to another,different skin color to another,and why is that? Its nothing more than for us the mankind, to get to know with each other,to socialize with another and understand the culture of others so that we can run this world happily and peacefully. After all,we all were come from the same fatherhood weren't we?






Supaya mengelakkan kekeliruan (yang mana ramai umat muslim di Malaysia masih keliru), 'thanksgiving' yang umumnya diketahui oleh ramai rakan-rakan muslim Malaysia saya, 'Thanksgiving' adalah perayaan keagamaan oleh penganut kristian. Di sini saya ingin menyebut selepas pemerhatian dan pencarian oleh saya sendiri,saya mendapati perayaan ini bukanlah seperti yang dicanangkan. Betul,pada awal penciptaan perayaan ini,ia sememangnya disandarkan dengan kepercayaan agama kristian,akan tetapi ianya sekarang sudah ditukar selepas beberapa generasi sebagai perayaan tahunan untuk mensyukuri dan menghargai nikmat-nikmat yang telah dan sedang kita nikmati hari ini. Ianya mula diadakan oleh rakyat Amerika di Polymouth Plantation pada tahun 1621.Ianya sebelum ini lebih dikenali sebagai 'Harvest day' mungkin kerana perayaan untuk menyambut musim menuai oleh petani-petani pada tahun tersebut. Penerangan tentang perayaan 'Thanksgiving' ini seperti yang terdapat dalam penelitian saya adalah, "Traditionally, it (Thanksgiving day) is a time to give thanks for the harvest and express gratitude in general". Jadi ini adalah sedikit sebanyak tentang perayaan oleh rakyat Amerika khususnya dan beberapa lagi negara yang telah menceduk sedikit amalan perayaan itu seperti Kanada,Belanda dan tidak kurang juga segelintir rakyat Malaysia. Jadi jelaslah sekarang bagi kita di mana 'Thanksgiving' pada zaman sekarang tidak lain tidak bukan adalah hanya perayaan sekular dan bukan keagamaan kristian seperti yang kita faham sebelum ini. Ia adalah perayaan yang mulia yang menuntut kita mensyukuri segala nikmat yang kita perolehi yang telah Allah berikan kepada kita.Dan ini juga telah lama terdapat di dalam ajaran Islam yang mana mengajar kita supaya mensyukuri segala pemberian yang kita perolehi.







Akan tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa agama Islam mengajar lain dari apa yang penyambut-penyambut perayaan 'Thanksgiving' fahami. Betul,Islam mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang kita perolehi. Akan tetapi hebatnya agama Islam ini,ia bukan sahaja mengajar kita supaya bersyukur,akan tetap supaya juga dengan itu,bersedekah dan berkongsi sedikit lebihan nikmat-nikmat yang kita peroleh itu dengan mereka-mereka yang lain. Inilah yang diajar oleh Islam didalam perayaan 'Eiduladha' yang kita sambut hari ini.Inilah yang mengagungkan Islam disamping perkara-perkara lain.Di samping mensyukuri nikmat kita,Islam mengajar umatnya supaya berkorban dengan erti kata mengeluarkan sedikit harta yang diperolehi dan disampaikan untuk dikongsi dengan umat yang lain dengan korbannya daging binatang (yang boleh dimakan) dengan ikhlasnya.Jelas bagi kita,'Thanksgiving' dan 'Eiduladha' ada persamaannya iaitu mengajar kita mensyukuri nikmat dan pemberian yang Allah kurniakan kepada kita.Akan tetapi,hebatnya Islam,ia bukan sahaja mengajar teori pensyukuran nikmat tersebut,tetapi turut mengajar cara praktikalnya bagaimana untuk menunjukkan rasa bersyukurnya kita dengan nikmat tersebut dengan pengorbanan dan perkongsian yang kita sedekahkan.Islam adalah lengkap bukan sahaja dari segi teori,malahan amalinya sekali.

Thanksgiving vs 'Eiduladha mana satu yang lebih lengkap? Satu perayaan dicipta oleh manusia,yang satu lagi diajar oleh Allah, Tuhan yang Maha sayang akan makhluknya.
Selamat 'Eiduladha' dari saya kepada semua Muslim seluruh dunia dan juga happy Thanksgiving to all American who reads my blog.You are the best. Dan semoga sesiapa yang mendapat manfaat dari entry saya ini,moga dapat disebarkan kepada semua penyambut perayaan 'Thanksgiving',anda memang mantap kerana telah mempelajari dan mengamalkan satu perayaan yang theoretically nya memang bagus,akan tetapi pelajarilah pengajaran yang terdapat dalam 'Eiduladha,nescaya InsyaAllah ianya lebih mantap dan mencakupi keseronokkan dan membawa manusia ke satu keadaan di mana yang kaya mensyukuri lebihan nikmat yang diperolehinya.Tetapi bukan itu sahaja,si kaya juga berkehendak untuk berkongsi nikmatnya dengan kawan dan rakan- yang lain. Alangkah indahnya hidup ini.

Good weekend brother.


Sepultos,
Bandar Baru Bangi,
November 26th 2009.

No comments:

Post a Comment