Monday, December 7, 2009

I'd do anything for love - Reminiscing of the Moslem brothers in Falesteen




And I would do anything for love,
I'd run right into hell and back
I would do anything for love,
I'll never lie to you and that's a fact


Di atas adalah sebahagian dari bait-bait lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Meatloaf di bawah tajuk 'I'd do anything for love' yang popular sekitar tahun 80-an dahulu. Saya suka mendengat lagu dan memerhatikan lirik-lirik puitis yang mempunyai pelbagai makna atau 'double meaning' dalam bahasa inggerisnya yang mana memberikan kelebihan bagi kita untuk mentafsirkan makna lirik tersebut selari dengan kehendak dan mentaliti kita. Kadang kala kepelbagaian penafsiran maksud ini tidak terdapat dalam sesetengah lagu yang hanya membenarkan pemahaman pentafsiran pertama atau 'first thought impression' sahaja. Dan lagu seperti kumpulan Meatloaf ini kebanyakkannya memberi keselesaan kepada pendengar untuk pentafsiran yang pelbagai sesuai dengan minda seseorang dari segi pemahaman maknawiyahnya sendiri disamping kesenian penyanyi kumpulan ini yang saya nampak ikhlas dan jujur dalam menyanyikan bait-bait lagu tersebut.

Sidang pembaca blog penulis,
Jika imbasan yang pertama dijalankan ke atas lagu ini,nescaya kita akan dengan cepatnya merasakan yang lagu ini ditujukan dan dengan jelasnya memperkatakan tentang betapa kayanya perasaan cinta penyanyi kepada si buah hati pengarang jantungnya. Dengan kekuatan metafora menceritakan betapa si penyair sanggup untuk pergi berlari hingga ke neraka panas membara dengan api dan kemudian pulang semula kepangkuan kekasihnya hanya untuk menunjukkan betapa beliau sanggup membuat pengorbanan yang tertinggi hingga sanggup menggadai nyawa demi kekasihnya. (di ambil dari ayat 'And I would do anything for love, I'd run right into hell and back'). Betapa asyiknya perasaan cinta yang menguasai jiwa si penyanyi kepada kekasihnya. Ini jika kita mentafsirkan lagu tersebut dalam erti kata 'first thought impression' seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Namun saudara sidang pembaca sekalian,
mari kita lihat bagaimana pula jika sekiranya kita mengaplikasikan 'double meaning' ke atas lagu tadi. Jika ianya saya,seusai saya pertama kali mendengarkan lagu tersebut,saya dengan pantasnya dikuasai minda saya dengan mengatakan yang saya juga sanggup berbuat apa sahaja untuk kekasih saya.Apa sahaja.Apa jua hingga jika sekiranya ia akan mengancam nyawa saya,saya tetap akan melakukannya.Saya pertama sekali mendengarkan lagu tersebut sekitar bulan januari tahun 2009 yang lalu. Tatkala itu saudara-saudara saya di Falesteen sedang hangat mempertahankan tanah Islam di sana dengan penumpahan darah berhadapan tentera Israel. Dikala itu saya terdengarkan bait lagu ini dan terus saya tersedar bahawa,jika si penyanyi kumpulan Meatloaf ini sanggup untuk pergi berlari hingga ke neraka panas membara dengan api dan kemudian pulang semula kepangkuan kekasihnya,kenapa saya tidak mampu untuk melakukan yang sedemikian untuk kekasih saya,saudara dan sahabat saya di Falesteen sana? Jadi bait lagu inilah yang menguatkan motivasi saya untuk menyertai barisan Muslimeen di Malaysia yang mengadakan pelbagai siri acara dan aktiviti tidak kurang kutipan derma untuk bantuan saudara di Falesteen.

Saya menghadiri beberapa siri demonstrasi aman anjuran AMAN PALESTIN dan beberapa NGO Islam Malaysia yang lain dan beberapa lagi aktiviti yang pada mata kasarnya kelihatan tidak memberikan impak kepada Si Israel walaupun sedikit.Namun saya melakukannya jua.Mengambil contoh demonstrasi aman yang diikuti,pada ketika itu beberapa pihak dengan tegas mengatakan,mengapa perlu berdemonstrasi,menjerit-jerit kata penghinaan ke atas Israel di Stadium Malawati,Shah Alam yang langsung tidak dipandang oleh Israel apatah lagi menakotkan mereka.Jangan kita memperpodohkan diri,menyusahkan diri menjerit-jerit membuang suara kepada sesuatu yang langsung tidak menggentarkan hati para israel walau hanya sekecil semut api.Begitulah lebih kurang ucapan yang dilontarkan.Namun bagi saya,I'd do anything for love.Saya cintakan Muslimeen di Falesteen dan saya sanggup membuat apa sahaja walau sekecil semut api,saya sanggup korbankan hanya kerana cinta saya.Inilah yang saya termampu lakukan untuk tahap sebagai Muslim di Malaysia ini.InsyaAllah kalau sekiranya diberikan kurnia untuk mati syahid mempertahankan islam di sana,InsyaAllah ianya lebih mulia dan diidamkan.

Jadi di sini saya cuma ingin mengingatkan yang jangan merasa rendah diri dengan usaha yang kita sudah buat untuk Islam,jangan merasa gusar dengan betapa rendahnya tahap kita yang hanya sekadar bersorak mengatakan israel itu jahat,Israel itu pengganas di dalam dewan stadium Malawati Shah Alam kerana apa yang saya faham,Allah bukan melihat keputusan usaha yang kita buat untuk Islam tetapi sejauh mana usaha yang kita lakukan kerana itu yang dilihat.walau hanya sekadar peserta di program Konvensyen Berakhirnya agenda Zoinis di pertengahan tahun 2009 di PWTC,ianya sudah pasti tercatat dalam usaha kita sebagai Muslim di Malaysia menunjukkan betapa sayang dan cintannya kita kepada Muslim di Falesteen.

Di samping itu juga dengan usaha pemboikotan barangan keluaran Israel dan macam-macam lagi usaha yang dijalankan.Ianya seharusnya diberi sokongan seratus peratus oleh pendokong Islam yang ikhlas di Malaysia ini.

Saya suka untuk membicarakan perihal di Falesteen ini kerana kebelakangan ini kelihatan ianya semakin lesu diperkatakan oleh Muslim di sini mungkin kerana media kurang memperkatakannya lagi di dada-dada akhbar.Tapi ketahuilah wahai saudaraku,sekiranya ada apa sahaja yang boleh aku lakukan untukmu,akan ku lakukan,I'd do anything for love.



Sepultos,
Bandar Baru Bangi,
December 07th 2009.

No comments:

Post a Comment